Monday, March 29, 2010

Insaflah.. Wajib Baca Artikel Ini..

Bismillah Wa Lillah..


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Na(sebenar salina) lembut sambil membetulkan pakaian Iwan. Iwan tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Iwan mencubit pipi Na lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Lisa dan Afiq meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Na  hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Iwan berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke P.Puteh mengambil masa lebih kurang 8 jam. Lisa dan Afiq dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Na. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Iwan berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Iwan menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Iwan semakin seronok. Iwan dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Iwan cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Iwan masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Na terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Na takut." Na cuba memujuk Iwan supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Na ?tak ada apa-apa," Iwan terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?kan?" kata Iwan setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Na tengok abang motong dia aaa...." Iwan  terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Iwan terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Iwan....bangun Wan," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Iwan membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Na mak? Macammana dengan Na mak? Lisa, Afiq....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Iwan menyoal emaknya. Iwan tak dapat menahan kesedihannya lagi. Iwan menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Iwan tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Iwan mak, Na?" Iwan masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala botak Iwan itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Iwan terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun malas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Iwan tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Wednesday, March 17, 2010

Untuk Apa Anda Kahwin..?

Bismillah Wa Lillah..

Kahwin..! Kahwin..! Kahwin..! Itulah yang banyak berlaku pada musim cuti sekolah ni. Ramai sangat orang yang buat kenduri kahwin. 2,3 hari kebelakangan ini ramai yang datang berurusan dengan arjuna untuk menjemput kenduri kahwin dan untuk berkahwin..! Pening kepala. Macam-macam ragam.  Namun apa yang arjuna boleh simpulkan ramai anak muda yang begitu semangat untuk berkahwin tetapi tidak ada langsung persediaan ke arah itu.

Dari satu sudut, bagus juga anak-anak muda ni kahwin. Bagus untuk elak maksiat dan berpeleseran dengan gilafriend dan boyafriend masing-masi ng. Sakit mata lihat mereka dok ‘kerabat’ pasangan masing-masing. Daripada dok macam tu, baik kahwin. Tetapi macamana nak kahwin kalau tidak bersedia dari segi mental dan fizikal?.

Inilah yang membawa kita berfikir dari sudut yang lain pula. Kalau mereka tidak bersedia kemudian berkahwin, persoalannya berapa lama mampu bertahannya usia perkahwinan tersebut? Sedangkan semua orang mengimpikan setiap perkahwinan akan kekal hingga ke akhir hayat.

Ingin arjuna kongsikan salah satu kisah daripada kisah-kisah alam perkahwinan anak muda. Kisah ini berlaku 3 bulan lepas yang mana arjuna didatangi oleh sepasang suami isteri yang muda remaja. Si suami memakai jeans, t-shirt ketat dan rambut berkarat. ‘Sempoi’-kata bahasa anak muda. Si isteri pula juga mengenakan jeans,t-shirt ketat dan bertudung ‘Siti Nurhaliza’.. tersembul rambut dari celah tudung yang juga berkarat..! Mungkin ada masalah air kat rumah mereka agaknya..!
Terdetik dalam hati mungkin pasangan ini ada masalah rumahtangga dan memerlukan nasihat atau kaunseling. Kaunseling.

“ Ustaz, kami nak bercerai. Macamana urusannya..?”

Aik.. Bercerai. Ini bukan masalah tetapi dah naik taraf jadi bala.

“Kenapa mahu bercerai..? Berapa umur awak berdua”

“Umur kami sama ustaz, 25 tahun. Kami nak bercerai kerana suami saya ni ada ‘awek’ lain..”

“Isteri saya pun ada ‘balak’ lain ustaz..”

“Awak berdua ni cukup tak solat..?”

Senyap. Bisu. Geleng kepala.

-Tutup kes-

Inilah antara kisah-kisah yang memeningkan kepada arjuna. Ramai yang ingin kahwin. Semangat untuk kahwin tetapi langsung tidak memikirkan kenapa perlu kahwin? apa yang akan jadi selepas kahwin? Apa cabaran selepas kahwin? Macamana untuk menjadi suami yang ada sifat memimpin? Isteri yang ada sifat solehah.... dan sebagainya..

Perkahwinan bukan hanya untuk lari dari buat maksiat tetapi perkahwinan merupakan jambatan untuk mengekalkan kita dalam keadaan ber’ibadat’ kepada ALLAH. Apa guna berkahwin untuk lari dari maksiat tetapi selepas kahwin kembali melakukan maksiat.?
Inilah pentingnya kepada persediaan sebelum berkahwin..! Arjuna pernah didatangi oleh seorang pemuda yang ingin berkahwin dan mahu cop pengesahan pada borang nikahnya. Dia datang dalam keadaan tenang, pakaian kemas dan berkopiah.

“Ustaz, tolong cop borang pengesahan nikah saya ni..”

“Boleh..(sambil memerhati borang)..Ermm.. mana wali awak..?”

“Err..Err.. wali saya kat johor ustaz, tak boleh datang..”

“(Gelak ).. kat mana awak Kursus Kahwin ni”?

“(………….) ustaz,..”

“Saya tak mahu cop borang awak kerana awak tak layak untuk kahwin dan jadi suami..”

“ (Terkejut,kerut kening) Kenapa ustaz..”?

“(Senyum) Orang lelaki kena guna wali juga ke..”?

“(Merah pipi)….”

-tutup kes-

Macamana nak kahwin kalau macam ni..? Sekali lagi.. wahai anak muda.. keinginan untuk berkahwin ada pada setiap manusia. Tidak dapat tidak. Cuma cuba teliti balik samada keinginan tersebut datang dari nafsu yang dilapik ilmu atau tidak..? Berkahwin adalah untuk ke syurga bukan ke neraka. Berkahwin adalah untuk menambah iman bukan melingkupkan iman. Perkahwinan pada usia muda itu bagus.. tetapi kena bersedia. 

Jangan lupa juga persediaan untuk selepas kahwin. Nafkah asas seperti tempat tinggal,makan minum ,pakaian dan lain-lain. Pakaian mesti ‘cukup kain’ bukan ‘koyak sana sini’.. Isteri anda adalah milik anda. Mengapa anda bodoh untuk tunjukkan ‘anggota body’ isteri anda pada masyarakat?.. Herm.. masuk bab lain pula nie.. nanti kita sambung yer.. insyaAllah. 

Wednesday, March 10, 2010

BN Berlaga..!


Bismillah Wa Lillah..

Zulkifli Nordin dah pun dipecat. Fairuz yang dah lama menghilang pun tiba-tiba muncul kembali dengan jersi baru. Jersi biru. Entahlah. Sejak dua, tiga bulan ni, ramai sangat orang tukar jersi. Zulkifli Nordin pun tidak tahu lagi untuk menyarung jersi mana. Jersi hijau yang ditawarkan pun dah ditarik balik. Kesian. Namun, arjuna yakin.. Zulkifli Nordin ni ramai orang yang sarungkan jersi pada beliau. Cuma, risau takut tubuh beliau tidak muat untuk disarungkan mana-mana jersi. Kenapa dan mengapa.. ? Fikirkan lah ye..

Memang sekarang ini PR habis-habisan. DAP di Penang, PAS di Kedah dan Kelantan dan PKR di Selangor. Isu Lim Guan Eng yang dikatakan diktator, Isu Tok Guru Nik Aziz dengan SPRM dan Isu Tan Sri Khalid yang dikatakan berhutang berjuta-juta dengan Bank Islam serta macam-macam lagi. Inilah antara isu-isu yang dimainkan media arus perdana sekarang ini. BN tentulah gelak dengan gembira sangat. Sehingga isu MCA yang tengah pening pun tak dihiraukannya. Begitu juga isu PPP dan MIC, langsung tak dihiraukannya. Hingga isu MIC,MCA dan PPP terus senyap sunyi. Sunyi tak bermakna aman. Sunyi tidak bermakna isu parti-parti kompenen BN itu sudah selesai. Tidak. Malah akan semakin parah dan tenat. Tenat dalam sunyi..! Isu perebutan kuasa dalam BN tidak akan selesai sampai bila.bila..! Sebab mereka berjuang untuk kuasa..!

Tengoklah nanti.. semakin PR diserang, BN akan semakin parah. Di saat PR diserang, kaum Cina dan kaum India akan beralih untuk menyokong PR. Kes DSAI akan banyak membantu. Drama yang di arah semula ini mungkin akan berjaya pada BN tetapi tidak akan berbekas dihati rakyat. Rakyat tidak akan percaya akan drama ini. Kalau masuk dalam pawagam pun.. jumlah penontonnya tidak seberapa. Sebagai contoh, kalau anda menonton filem-filem sekarang ini, adakah sama tontonan pertama dengan tontonan kali ke dua..? Tidak sama sekali..! Hanya orang bodoh akan percaya drama lakonan semula ini. Nampak sangat untuk menganiayai DSAI..!

Salam Syifa'..