Saturday, December 23, 2006

Cuba check matlamat kita jap..

Assalamualaikum

“ Ashraf, apa cita-cita awak bila besar nanti?” soal cikgu Hamidah kepada muridnya, Ashraf.
“ Bila saya besar nanti saya nak jadi doktor, cikgu,” jawab Ashraf .

Itulah jawapan yang sering kita dengar kalau ditanya oleh cikgu semasa di sekolah rendah atau menengah dulu. Malah kawan-kawan arjuna sendiri ramai yang menyatakan nak jadi polis, arkitek, jurutera dan banyak lagi pekerjaan profesional yang lain. Arjuna juga yakin anda semua juga mengalami keadaan ini. Seolah-olah itulah yang menjadi matlamat dan hala tuju kita. Persoalannya, adakah setakat itu yang kita inginkan sebagai seorang muslim?..Adakah itu sahaja cita-cita yang kita mahu capai sebagai seorang yang beriman?..


Arjuna tersentuh dengan satu kejadian ketika arjuna mengikuti satu program untuk kanak-kanak PASTI. Program sukaneka yang dibuat di PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan itu menggabungkan semua PASTI negeri Kelantan. Arjuna sebagai penonton sahaja. Jangan anda fikir arjuna menyertai sama!


Dalam arjuna seronok menonton itu, datang seorang kanak-kanak lelaki mendekati arjuna. Dia muram. Arjuna pun bertanya padanya semata-mata ingin berbual-bual, kot-kot boleh membuatkan dia ceria.

“ Adik tak ikut program ke,?”
“ Ikut..tapi semasa berlumba lari tadi, saya kalah,”
Oo..patutlah muram. Arjuna senyum.
“ Adik sedih kerana tak boleh hadiah kan?..Jom, ikut abang. Kita pergi makan,”. Arjuna memujuk.
“ Saya bukan nak hadiah, tapi saya nak menang!..Ustazah cakap, sebagai seorang lelaki Islam, saya kena menang dalam semua perkara,” Arjuna tersentak dengan jawapannya. Dia pula seolah-olah marah pada arjuna.
“ Apa cita-cita adik,?” Arjuna sekadar ingin mengalihkan topik perbualan. Kanak-kanak, kalau marah dia akan menangis, bila dia menagis..panjang ceritanya.
“ Saya nak mati syahid!,”ujar kanak-kanak yang berumur 6 tahun ini pada arjuna.


Arjuna hampir mengalirkan air mata ketika itu. Hebat didikan ibu bapa dan asatizah (guru-guru) kanak-kanak ini. Persoalannya, berapa ramai lagikah kanak-kanak yang seperti dia?

Sekarang arjuna mohon kita sama-sama berfikir. Bukan sahaja fikir tentang kehebatan kanak-kanak tersebut, tapi fikir di mana sekarang ini kehebatan kita. Perasan atau tidak, sedari kecil kita dididik dengan teori wang adalah segala-galanya. Mungkin kita tidak perasan, tetapi itulah hakikatnya!. Kita semua dididik andai seseorang itu ada kereta besar, dia lah yang hebat. Andai seseorang itu ada rumah besar, dia lah yang mesti dihormati. Andai seseorang itu berjawatan besar, dia lah mesti kagumi. Tetapi, persoalan taqwa tidak pernah bermain di minda kita kerana kita tidak dididik kerananya. (Tidak semua laa).


Justeru, secara tidak langsung, kita belajar atau bekerja adalah kerana untuk mendapatkan semua itu. Mungkin anda yang membaca artikel arjuna ini tidak sedemikian, tapi cuba anda lihat disekeliling anda!..

Masyarakat Malaysia sekarang ini majoritinya mengejar wang. Duit adalah segala-galanya. Mereka sudah lupa yang kebahagiaan adalah apabila kita mengingati Allah. Sekarang, mereka rela melupakan solat berjemaah demi mencari wang. Mereka lupa sirah Nabi Muhammad S.A.W yang ketika bermulanya kerajaan Islam yang pertama di Madinah, para peniaga akan menutup semua urusan jual beli apabila Saidina Bilal melaungkan azan. Mereka lupa!. Ini hanya dari segi perniagaan sahaja.

Kalau kita lihat dari segi pendidikan, bayangkan di sebuah sekolah menengah, mata pelajaran PENDIDIKAN AGAMA ISLAM hanya ada 2 atau 3 kali seminggu. Itupun akan dikurangkan kepada mereka yang berada dalam aliran SAINS. Cuba anda fikir, mampukah pelajar-pelajar mendapat didikan agama yang menyeluruh dengan hanya belajar subjek agama 2 atau 3 kali seminggu?.. Hatta mereka yang boleh digelar sebagai ulama’ sudah sanggup menjual agama demi periuk nasi mereka. Inikan pula mereka yang mengenali Islam hanya pada kulit..! Fikirkan...

Bolehkah ini semua melahirkan seorang Muslim yang sanggup mengorbankan jiwanya untuk Islam?..

Dalam keadaaan Islam yang ditindas, dikecam, dipijak lumat oleh kuffar samada secara terang-terangan dan secara halus, memadaikah kita dengan hanya berdiam diri?..Ingat menjaga agama Islam adalah tanggungjawab kita!..Kewajipan kita!..

Jangan kata arjuna tidak sependapat dengan mereka yang bekerja sebagai doktor dan profesional yang lain. Malah sekarang ini, ramai para profesional yang sudah bekerja dalam jemaah Islam. Jadilah doktor, arkitek dan lain-lain tetapi biar ada kesedaran dalam diri kita bahawa “ Aku bekerja demi Islam, untuk Islam”..bukan kerana wang semata-mata. Biar anda semua sebagai profesional turut berasa sedih bila ada jiwa orang Islam dibunuh, diseksa..
Senario sekarang ini perlu di ubah!..Kita lah yang mesti mengubahnya!
- salam syifa’..
Nak imtihan nie, pakat-pakat doa lah ye.

Tuesday, December 12, 2006

Islam Hadhari Dan Tok Guru..

Assalamualaikum..
Artikel kat bawah ini bertajuk "Hormati Budaya Kami- Rakyat Kelantan'. Heboh sekejap bila kerajaan KELANTAN membuat peraturan berpakaian kepada wanita-wanita KELANTAN atas dasar nak elakkan maksiat..Macam-macam reaksi diberikan, biasalah, banyak yang negatif dari positif..tiba-tiba, dalam masa yang sama..dalam kerajaan KELANTAN nak cari jalan untuk mengurangkan maksiat yang makin menggila di Malaysia sekarang ni..datang pula puak-puak HINDUSTAN buat konsert di negara yang kita sayangi ini. Hairannya, takde pula yang bising..Akhir zaman, orang yang mahu buat kebaikan, akan dikutuk..dicerca..sama cam permulaan zaman Rasulullah S.AW. dulu..tapi orang yang buat kejahatan, dibela dan dicipta pelbagai alasan untuk membelanya..betullah ada Hadis yang mengatakan Islam bermula dengan ghorib dan akan berakhir dengan keadaan ghorib seperti permulaanya..dalam Mukhtasar Sohih Muslim-Sheikh Mustafa Diib Bugha, mengatakan ghorib disini..kecil atau sikitnya mereka yang membela Islam. Di sini, arjuna bagi gambar untuk anda semua nilai..sebesar manakah ISLAM..agama kita diletakkan dalam hati pimpinan negara kita!..Salam Api Juang Untuk Islam!..~arjunasakura~

.................................................................




Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat meminta wanita bukan Islam menghormati budaya dan adat resam orang Kelantan dengan berpakaian sopan sesuai dengan masyarakat setempat. Menteri Besar berkata, peraturan menutup aurat hanya melibatkan wanita Islam sahaja dan tidak melibatkan wanita bukan Islam.


Ini kerana katanya, majoriti rakyat Kelantan adalah orang-orang beragama Islam dan tidak suka memakai pakaian yang menjolok mata, yang jelas bertentangan dengan nilai agama dan budaya. Mengulas mengenai bantahan daripada segelintir wanita, beliau berkata peraturan menutup aurat bagi wanita Islam merupakan suruhan agama maka amat tidak wajar jika wanita Melayu Islam sendiri membantah.


“Menjadi tanggungjawab bagi sebuah kerajaan Islam untuk memastikan setiap peraturan dan undamg-undang Islam terlaksana termasuk dalam soal peraturan menutup aurat bagi wanita Islam,” ujar beliau.

“Dalam kawasan rumah mereka bebas untuk berpakaian, tapi bila keluar rumah dan terbabit dengan orang ramai, perlu ada peraturan tertentu termasuk soal cara berpakaian,” jelasnya kepada wartawan selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini kelmarin.


“Lebih-lebih masalah rogol dan keruntuhan akhlak semakin banyak dan berkembang, bukannya semakin berkurang. Kerana itu Islam awal-awal lagi menetapkan peraturan berpakaian yang kita panggil menutup aurat sebagai langkah mencegah perkara tidak bermoral dalam masyarakat”.


“Peraturan ini peraturan Islam dan perintah Allah, bukannya peraturan yang dibuat PAS sepatutnya mendapat sokongan bukan bantahan,” ujarnya kesal.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Haji Takiyuddin Hassan berkata, berkaitan peraturan berpakaian menutup aurat bagi wanita Islam ia bukan perkara baru kerana telah dikuatkuasakan sejak tahun 1989 lagi.


Menurut Takiyuddin, kenyataan atau dakwaan yang mengatakan berpakaian seksi akan didenda RM500 itu tidak benar. Kerana RM500 itu kadar maksimum, bukan denda mandatori.

“Kompaun atau denda itu bergantung kepada keadaan seseorang ia bukan mandatori, malah tidak ada lagi setakat ini yang didenda sehingga RM500,” katanya.


“Bagi kaum bukan Islam kerajaan negeri tidak berhasrat menguatkuasakan peraturan kerana kita lebih kepada pendekatan mendidik dan meminta kerjasama mereka untuk menghormati sensitiviti masyarakat.” Katanya setakat ini tidak ada wanita bukan Islam yang dikenakan tindakan kompaun.

Saturday, December 9, 2006

Cerpen Terbaru..

Assalamualaikum.

Arjuna ada buat cerpen, tapi cerpen ni banyak sangat kelemahan dan arjuna belum dapat idea untuk buat endingnya. Tajuk pun tiada lagi nie. Sejak akhir-akhir ni makin banyak pula kat pejabat persatuan..tambah la tak sempat. Justeru, arjuna harap mana-mana sahabat yang ada idea, bolehlah tolong ye. Beri komen dan idea anda dalam blog ini atau emel arjuna, penasakura@yahoo.com. Ok..Terima kasih.
.....................................................................
Terik mentari menjenguk lagi. Namun cahaya yang menjenguk ruang kamar tidur itu tetap kalah dengan kesejukan bayu syita’ yang semakin terasa. Sejuknya sampai ke tulang!..Lebih-lebih lagi waktu subuh. Riz menggeliatkan badannya. Entah kali ke berapa. Termasuk hari ini, sudah beberapa kali dirinya tertinggal solat subuh. Di ambilnya selimut, dilipat dan disandarkan pada penjuru katil. Sekali lagi dia menggeliat. Sejak akhir-akhir ini, Riz banyak berubah. Tambahan pula dengan kehidupannya yang serba cukup membuatkan dirinya sering lupa tugasnya sebagai seorang pelajar. Terutama statusnya bergelar pelajar agama! Sudah jemu teman-teman serumah menasihatinya supaya mengubah sikap, tetapi segala teguran dan nasihat sikit pun tidak diendahkannya.

“ Riz, kita datang ke sini bukan untuk rileks dan melancong, tapi kita datang membawa amanah keluarga dan masyarakat yang dahagakan ilmu..kita kena ubah diri kita ke arah yang lebih baik kalau kita mahu jadi orang yang berilmu, kita kena lupakan kenangan-kenangan pahit yang membantutkan diri kita dari menuntut ilmu. Kita mesti bina hidup baru,” sekali lagi Ustaz Hasan yang sering menasihatkan Riz menjalankan tanggungjawab beliau. Beliau dilantik sebagai ketua di dalam rumah sewaan mereka.

“ Ustaz, dah berapa kali saya beritahu supaya jangan campur urusan saya. Kalau saya lewat solat pun, itu urusan saya dengan Allah. Saya bayar sewa rumah ni sama seperti ustaz, jadi tolong hormati hak saya,” jawab Riz dengan muka selamba. Riz berlalu dengan wajah mencuka tanpa memandang sedikit pun kepada ustaz Hasan. Hanya ustaz Hasan sahaja yang mampu bersabar dengan kerenah Riz, teman-teman serumah yang lain sudah tidak bertegur sapa dengannya. Bayangkan, segala nasihat dibalas dengan kutukan, siapa yang tahan?
………………………………………………………………………..
Kebisingan hon kenderaan di jalan Baramkeh itu amat membingitkan telinga. Sejak jalan berdekatan Mathaf ‘Askari menuju ke Mujamma’ Abu Nour di tutup, servis Qadm ‘Asali terpaksa melalui jalan yang lebih jauh. Jadi, kesesakan jalan raya berlaku ditambah lagi dengan sikap driver servis yang membuatkan keadaan cukup tertekan kepada mereka yang kurang kesabaran. Sedangkan ini adalah ujian yang paling kecil kepada tholib ‘ilm di sini kalau nak di bandingkan ujian-ujian yang menimpa ulama-ulama dahulu. Terpaksa berjalan beribu baru hanya untuk tahqiqkan kesahihan satu hadis! Ini lah yang membuatkan Riz malas untuk ke tempat pengajiannya, Mujamma’ Abu Nour. Pelbagai kutukan bergentayangan dalam hatinya. Dalam kesesakan itu, dia memandang ke langit melalui tingkap servis. Berterbangan sekumpulan burung membuat formasi menarik di angkasa.

“ Betul ke Riz ingin belajar di sana?,” soal ibunya sambil membuang tudung dari kepala. Perjalanan pulang dari mengikuti kuliah tuan guru Nik Abdul Aziz tadi begitu memenatkan. Walaupun hari cuti, jalan raya sungguh sesak. Ramai sungguh rakyat yang mengikuti kuliah Tuan Guru setiap minggu. Kadang-kadang beberapa anggota polis terpaksa berada di sana untuk mengawal lalu lintas dari berlaku kesesakan. Ye la, mana ada Menteri Besar memberi kuliah agama kepada rakyatnya di Malaysia sekarang ni? Walaupun dah terlalu uzur, beliau tetap datang. Setiap minggu pula tu!
“Mengapa? Ibu tidak percaya ye?,” ujar Riz sambil mengajuk gaya pelakon Ako Mustafa dalam iklan susu Dumex. Iklan itu lah yang membuatkan dirinya popular sebagai pelakon.
Ibunya menggeleng-gelengkan kepala, tersenyum simpul sambil matanya memandang pada suaminya yang turut tersenyum.
“ Riz, abah tidak menghalang, cuma Riz mesti memikirkan semasak-masaknya bila membuat keputusan. Kadang-kadang belajar agama di tempat kita lebih kualitinya kalau usaha kita lebih dari mereka yang belajar agama di negara-negara Arab tu. Cuba Riz tengok graduan-graduan dari Mesir dan lain –lain, sebilangan dari mereka ramai yang kurang kualitinya. Baca kitab Arab pun tak betul barisnya, macamana nak didik masyarakat. Kalau nak buat perbandingan dengan belajar sistem pondok di negara kita, walaupun kurang prasana, tapi kualitinya tetap terjamin,” syarah abah Riz panjang lebar.
“ Betul apa yang abah bagitahu tu, tapi itu cuma sebilangan sahaja kan?..Mengapa kita hanya melihat kepada sebilangan yang kurang kualiti tu, sedangkan sikit pun kita tidak lihat kepada mereka yang berjaya?..Abah, fikir yang positif la..” jawab Riz dengan tenang.
“ Betul kata Riz tu abahnya, bagi la dia peluang buktikan kepada kita yang dia akan tergolong dalam golongan mereka yang berkualiti itu, betul tak Riz?,” seperti biasa, ibunya menjadi peguam bela kalau ada perbincangan seperti itu. Riz hanya tersenyum.
…………………………………………………………..

“ Syu Haa..?!!,” sergahan driver servis itu mengejutkan Riz dari lamunan. Biasalah, bila berlaku kesesakan jalan raya, mesti mereka akan bergaduh sesama sendiri. Manusia akan tewas kepada mainan syaitan jika membiarkan hatinya kosong dari mengingati Allah. Kekosongan itulah akan diganti oleh syaitan. Riz mengeluh sendirian bila mengingati lamunannya tadi, lamunan yang dia sifatkan sebagai kenangan. Memang, semasa awal ketibaannya ke bumi Syam ini dulu, dirinya begitu bersemangat untuk menuntut ilmu. Niatnya hanya ingin menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu tersebut kepada masyarakat bila pulang ke tanah air nanti. Lebih-lebih lagi, dia kena buktikan pada ibu dan abahnya yang dia tergolong dalam graduan agama yang berkualiti!.Namun, setelah ibunya meninggal dunia 7 bulan yang lalu disebabkan kemalangan, dia seolah-olah hilang semangat untuk belajar. Kebetulan pada masa itu, dia sedang menghadapi imtihan. Selepas kejadian tersebut, dia terus berubah. Prestasi pelajarannya merosot. Akhlaknya semakin teruk. Pengajian talakkinya tidak dipeduli. Mereka yang menasihatinya di anggap sebagai musuh. Seolah-olah kematian abahnya menyebabkan semangatnya menuntut ilmu juga turut mati!.

“ Nazzila, mu’allim!,” laung Riz kuat. Tanpa disedari, dia sudah sampai di Mujamma’ Abu Nour. “Perjalanan yang sungguh membosankan ,!” monolog Riz dalam hati. Riz berlari-lari anak semasa mendaki tangga di Mujamma’ Abu Nour itu. Di kiri- kanan, terdapat banyak cyber cafe yang dibuka. Malah ada lagi yang bakal dibuka. Kadang-kadang Riz juga menjadi penyumbang dana kepada mereka kalau dia malas ke kelas. Malah dia pernah lepak di situ sehari suntuk bila dirinya tertekan dengan masalah. Semasa fikirannya berkecamuk risau kerana sudah lewat ke kuliah, tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil seseorang. « Alah..Aduka rupanya !. Mesti nak bagi iklan program persatuan ni, » ujar Riz perlahan sambil mulutnya menguntumkan senyuman. Senyum paksa !

"Assalamualaikum," Aduka memberi salam sambil tangannya mencari-cari sesuatu dalam beg galasnya.
"Waalaikumussalam, ada apa pula ni ustaz Aduka ,? " Riz berpura-pura bertanya.
"Begini, hari Jumaat ni Lajnah Tarbiah dan Dakwah ada buat program muhadharah, anta kena hadir tau. Lama sangat dah tak nampak anta kat rumah persatuan tu, ni iklannya,”. ujar Aduka.
“ Ana bukan tak mahu pergi ustaz Aduka, tapi ana datang ke sini bukan nak berpersatuan tapi nak belajar,” ujar Riz menyindir.
“Oo..ana juga datang sini nak belajar, macam anta juga tapi ilmu ni kan luas, malah berpersatuan juga merupakan satu ilmu. Ilmu yang kita tak dapat dalam bilik kuliah dan ia amat berguna kepada kita sebagai pendaie. Anta pun tahu kan kepentingannya,” jawab Aduka.
“Takpe la ustaz Aduka, kalau ada masa nanti ana pergi la. Benda bukan wajib pun kan. Ana dah lewat ni,” kata Riz sambil matanya melirik kepada jam di tangannya.
“Ok, InsyaAllah. Jangan lupa tau. Kita jumpa di rumah persatuan hari Jumaat nanti, "Assalamualaikum,”. Aduka menamatkan perbualan sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Waalaikumussalam,” Riz menyambut salam dan terus berlalu ke kelas.
…………………………………………………………..

Riz membentangkan tikar mengkuang ke atas pepasir pantai yang halus itu. Dia membetulkan kedudukannya supaya betul-betul menghadap ke pantai. Sungguh aman dan tenang. Lebih-lebih lagi bila ditambah dengan desiran ombak yang memukul pantai. Hebat sungguh ciptaan Allah. “ Subhanallah,” tanpa disedari kalimah suci itu keluar dari mulutnya. Suatu ketika dulu keindahan ini Allah tukarkan kepada bala kepada mereka yang melanggar perintahNYA. Masih terakam dalam mindanya kejadian tsunami yang mengorbankan banyak nyawa. Pada masa itu, semua stesen televisyen membuat liputan meluas dan dia hampir pengsan melihat mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat-tempat kejadian. Ada yang tanpa pakaian, tersangkut pada tiang elektrik dan beberapa keadaan yang sungguh menyedihkan serta boleh membuat penonton mendapat keinsafan. Hairannya, dalam kejadian yang dashyat itu, walaupun semua rumah dan bangunan hancur tetapi tidak ada sebuah masjid pun yang roboh akibat dipukul ombak besar itu. Itulah hebatnya rumah Allah yang semakin dilupakan sekarang!

“ Hai, Riz.. Dah sampai ke pulau mana ni?, atau dah sampai di Syria, ? « ibunya menegur dari belakang sambil tersenyum.
" Oh ibu, takde apa-apa la. Riz cuma rasa tenang dengan keindahan ini. Tak sia-sia Riz cadangkan perkelahan kita hari ini. Abah kat mana bu, ?" ujar Riz sambil berpaling ke kiri dan kanan mencari abahnya.
"Abah pergi beli air tadi, katanya nak minum air kelapa. Riz, ibu nak tanya sikit, boleh ye ?," ibunya bangun dan duduk berhadapan dengan Riz.
"Apa dia bu, ?” soal Riz ingin tahu.
“Minggu depan Riz dah nak bertolak ke Syria, Riz rasa keputusan ini tepat ke?,” soal ibunya perlahan sambil tangannya memegang tangan Riz. Ada air jernih yang bertakung di kelopak matanya.
“ Bu..mestilah. Riz rasa ini keputusan yang terbaik untuk Riz. Bukan Riz pergi buat benda tak baik pun, Riz pergi menuntut ilmu. Riz hanya perlukan doa dari ibu dan abah untuk Riz teruskan langkahan ini dengan penuh ketenangan,” ujar Riz penuh keyakinan sambil tangannya menyapu air mata yang jatuh dari pipi ibunya.
“Ibu doakan Riz berjaya dan jangan lupakan ibu dan abah di sini. Riz adalah satu-satunya permata hati kami. Mungkin kita tidak dapat berjumpa lagi selepas ini,” Riz, memegang erat tangan ibunya yang tidak berupaya menahan kesedihan.
“Bu, Riz sayangkan ibu dan tak boleh hidup tanpa ibu. Jangan cakap macam ni lagi, ok.” Riz menenangkan ibunya.

"Maza tufakkir ya ustaz ?, syuff ilayya !, " suara sheikh yang tinggi itu membuatkan kelas senyap seketika. Lamunannya berpindah ke alam realiti. Semua mata tertumpu pada Riz. Ada dua, tiga orang pelajar Arab yang ketawa.
"Maa fi syaie’ ya sheikh," jawab Riz dengan senyuman yang dibuat-buat. Entah mengapa dalam beberapa hari ini mindanya kerap memutarkan kenangan-kenangan indah ketika dia bersama ibunya.
…………………………………………………………………
Riz membelek-belek iklan yang diberikan oleh Aduka tadi. Entah mengapa, hatinya terasa berminat untuk menghadiri muhadharah tersebut. Seuntai kelas tadi, Riz membeli sandwich falafil dan terus pulang ke rumah. Sesampainya rumah, dia terus ke bilik tanpa menyapa beberapa orang teman serumahnya yang sedang mengulangkaji pelajaran di ruang tamu. Ustaz Hasan pada masa tu sedang mendengar cd muhadharah sheikh yang mungkin baru dibelinya. Dia memerhatikan iklan itu sekali lagi. Seingatnya dulu, pantang ada muhadharah sheikh yang persatuan anjurkan, dia lah yang bersungguh-sungguh menyebarkannya pada rakan-rakan.
.................................................................................
Syita’ - musim sejuk
Baramkeh - pekan kecil di Damsyik
Mathaf ‘Askari – muzium askar
Mujamma’ Abu Nour – sebuah universiti di Damyik
Servis - van yang berfungsi sebagai bas(lebih kurang) di syria..
“ Syu Haa..?!!,” - “Apa Ni?!!”
“ Nazzila, mu’allim!,” – “ Turunkan kami,mu’allim!”
Di Syria, penggunaan kami adalah satu penghormatan kepada seseorang. “Mu’allim”, adalah satu panggilan sinonim kepada mereka yang tidak dikenali di sini, atas dasar untuk menghormatinya. Ringkasnya, perkataan ini adalah sinonim kepada mereka yang nak turun dari servis.

Maza tufakkir ya ustaz ? – Apa yang awak fikirkan?.
syuff ilayya ! - Lihat padaku.
Maa fi syaie’ ya sheikh – Tiada apa-apa wahai sheikh.

Thursday, December 7, 2006

Rahsia Rasa..

Ku cuba lari dari himpitan ini..
Sedaya mungkin…
Namun,
Semakin ku memecut..
Semakin dekat rasa ini menghambat..
Ku enggan membelai rasa ini..
Ku benci kepada rasa ini..
Ku bosan kepada rasa ini..
Rasa ini punca hati ku sengsara..
Rasa ini punca nur jiwa ku kelam..
Semua ini kerana rasa ini !!
Andai ku tahu..
Rasa ini bak api..
Membakar tanpa kenal erti belas..
Kan ku menjauhinya..
Ya Rabb..
Padamkan rasa ini dalam jiwaku..
Buangkan ia dalam benak ku..
Biar ada hanya ukiran nama MU..
Biar ada hanya syifa’ MU..
Rasa rindu ini hanya untukMU..!

Tuesday, December 5, 2006

Kahwin, Taqwa dan Ilmu...

Assalamualaikum..

Hari ni arjuna sempat berbual dengan seorang sahabat yang arjuna anggap sebagai guru arjuna di sini..ye lah pernah mengajar arjuna, kira guru la kan..Beliau bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini. Maklumlah di Syria sekarang ini,semakin ramai pelajar – pelajar kita yang kahwin dan yang nak kahwin..tahun ni sahaja 5 pasangan kahwin..Alhamdulillah.

Arjuna bertanya pada sahabat arjuna tu kenapa beliau terfikir nak kahwin..ye la, memang ia berkaitan dengan jodoh, itu memang ketentuan ALLAH.., yang arjuna nak tahu ni asbabnya..Beliau mengatakan tahap dirinya sudah wajib untuk kahwin! .
Kerana katanya,kadang-kadang seseorang itu walaupun ilmunya tinggi, tidak semestinya taqwanya juga tinggi..kerana kedua-duanya berlainan..
Beliau bagi contoh, mereka yang pandai ilmu Nahu..tidak semestinya mereka boleh bercakap Arab dengan baik..kerana pandai Nahu dan cakap Arab adalah perkara yang berlainan.. betul juga..

Contoh yang beliau bagi tadi membuatkan arjuna terfikir tentang kehebatan beberapa orang penceramah yang arjuna kenali..mereka boleh berceramah..ceramah mereka berapi-api..tapi, bila suruh baca kitab Arab atau terjemah Hadis mula lah tergagap..
Ada pula beberapa Tok Guru pondok, mereka nie ilmu tak payah cerita la..bagi je kitab Feqah dan lain-lain..mereka boleh baca dan bagi terjemah dengan tepat sekali..tapi, bila kita suruh dia berceramah, dok di pentas 1@2 jam,..mereka tidak boleh..tidak biasa katanya..ini menunjukkan ceramah dan penguasaan Ilmu adalah benda yang berlainan..siapa pun boleh ceramah kalau mereka menguasai tekniknya..tapi,tidak semestinya mereka berilmu..

Inilah yang arjuna lihat kelemahan mereka yang kata nak intima’ dalam perjuangan Islam (tholib ‘ilm khususnya), semangat tu sentiasa berkobar-kobar..tapi, tahap usaha untuk mencari ilmu amat mengecewakan..Ingatlah!..perjuangan Islam memerlukan orang yang berilmu..Ilmu itulah yang akan membuatkan masyarakat tertarik kepada perjuangan ini..memang bagus kalau ada bakat berceramah,..itu juga satu aset, tapi ia tidak akan ke mana-mana tanpa ilmu..Ilmu terlalu penting!..Wahai penuntut ilmu agama..jangan tidur lagi..bangunlah daripada lena!..sama-sama kita ubah diri kita..(pesanan untuk diri sendiri sebenarnya)..

Sekarang, kembali kepada diri kita masing-masing..cuba check balik..tidak kira la siapa pun kita..kalau kita sebagai peguam, mungkin kita hebat berbicara dan berhujah, mungkin juga kerja kita tu dapat bagi sumbangan kepada Islam..tapi, cuba check balik taqwa kita camne.. berapa orang yang dah kita selesaikan kesnya dengan adil dan saksama.. atau berapa orang yang dah menjadi mangsa kepada pengadilan serong kita..

Itu kalau kita peguam,.. kalau doktor, guru dan apa sahaja kerja kita asalkan kerja tersebut boleh bagi sumbangan kepada Islam, cuba check sentiasa..biar apa sahaja ilmu yang kita miliki ..dan pastikan kita tidak lupa kepada satu anugerah yang bernama TAQWA!.. Moga sahabat arjuna itu mendapat ketenangan dengan penyelesaian yang beliau pilih..dan moga masjid yang dibina kekal abadi.. Salam syifa’..

Saturday, December 2, 2006

Tarian Pena Tok Guru..

Umno yang makin cemas dan keliru
Baru dua tiga hari lepas kita mendengar suara ketegasan Timbalan Presiden Umno untuk mempertimbangkan tindakan ke atas tiga perwakilan yang berucap secara sensitif, menyentuh isu perkauman dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu.

Tiba-tiba Presiden Umno pula mengaggapkan ianya sebagai 'tidak mengapa.' Bahkan mengikut pandangannya ia tidak perlu dicemaskan kerana terdapat 'hanya 3 daripada 22 perwakilan sahaja yang keterlaluan dan ini bukannya mewakili keseluruhan Umno.' (Utusan Malaysia 28 November 2006).

Pandangan ini samalah seperti mengatakan bahawa rasuah atau kecurian yang berlaku dalam Umno misalnya tidak mengapa kerana ia tidak mewakili amalan majoriti Umno. Begitulah agaknya.

Kita menjadi amat hairan. Jika dibandingkan dengan tahanan ISA, keadaannya cukup berlawanan. Hanya kerana disyaki sahaja, Nik Adli sudah dikurung lebih 5 tahun. Sebaliknya, Perwakilan Umno yang memang membawa elemen hasutan didalam ucapannya cukup jelas. Ia disaksikan oleh beribu ribu orang. Nampaknya, ia mahu dilepaskan begitu saja kerana ia dianggap tidak ramai. Jika inilah pegangannya, maka berbuat dosa yang serupa di kalangan pemimpin Umno pun tentu juga akan dilihat sebagai perkara kecil dan terpencil.

Dalam hal ini, saya sangat teringatkan satu hadis Nabi s.a.w yang bermaksud "satu dosa bagi seorang mukmin bagaikan satu batu besar di bukit yang condong, manakala satu dosa bagi orang munafik bagaikan seekor lalat yang duduk di atas bahu. (Ia boleh hilang dengan bergeraknya bahu)."

Pendek kata perjuangan kebangsaan ini bersifat pragmatik. Ia oportunistik dan berubah-ubah. Ia tidak pernah stabil kerana tidak berpaksikan al-Quran dan hadis. Menyentuh tentang isu yang dikatakan sensitif itu, rakyat sebaliknya melihat bahawa Umno saja yang cemas. Pihak MCA, Gerakan dan MIC nampaknya tidaklah sangat menunjukkan reaksi kemarahan yang melampau.

Belum pun ahli-ahli ketiga-tiga parti tersebut membuat reaksi, Umno nampaknya sudah takut. Jangan-jangan Umno ini cuma berani dengan PAS sahaja. Itu pun, Umno berani dengan PAS setelah menyalahgunakan kuasa melalui penggunaan jentera SPR, Polis,Kemas, dan penerangan serta puluhan jabatan kerajaan yang lain. Apa lagi jika tidak dinamakan lemah apabila Umno ditampu oleh puluhan tongkat dan kayu penyokong.

Orang Melayu dan Islam semakin membenci Umno

Akhirnya Umno ini menjadi satu parti yang akan dicurigai dan dibenci oleh semua kaum. Orang Melayu yang kuat Islam akan membenci Umno kerana Umno jelas tidak bertapak di atas aqidah Islam. Orang Melayu yang kuat semangat Melayu pula sedang membenci Umno kerana tidak ada satu pun dari segi bahasa, ekonomi bangsa, kesenian dan kebudayaan bangsa yang berjaya dipulih dan dipertahankan oleh Umno.

Kejayaan Umno misalnya, boleh diukur apabila lahirnya generasi artis yang tergamak mengatakan bahawa dia terasa bodoh apabila bercakap Bahasa Melayu. Lain-lain orang bukan Melayu pula turut tidak nampak bagaimana perjuangan Umno boleh memberi kemakmuran kepada seluruh bangsa Malaysia.

Ini yang saya selalu sebutkan bahawa jangankan menuju kepada Islam, akhirnya pemimpin Umno tidak akan membawa orang Melayu dan Bukan Melayu ke mana-mana.
Umno akan berada diawang-awangan; ke langit tidak sampai dan ke bumi tidak jejak. Lihatlah istilah seperti 'world class', 'Malaysia boleh', 'pemimpin bertaraf dunia', 'masyarakat global', 'minda glokal' dan berbagai-bagai lagi.
Apa yang boleh dilihat, sasaran DEB yang tidak tercapai.
  1. Bahasa Melayu yang semakin terpinggir.
  2. Tulisan jawi yang sudah hampir mati.
  3. Pelajar-pelajar Melayu yang merosot dari segi jumlah dan kualiti di semua IPT.
  4. 1 juta penduduk Malaysia sudah menjadi penagih dadah.
  5. 250,000 orang Islam dilapurkan sedang menunggu masa untuk murtad.
  6. Dakwaan dimana terdapat 4,000 kanak-kanak perempuan terbabit dalam kegiatan pelacuran di seluruh negara.
  7. Mufti Perak ada menyebut mengenai orang Melayu menggunakan RM4 bilion setahun untuk tujuan minum arak dan berjudi.
  8. Jatuhnya amalan buruk rasuah Malaysia ke paras 44 dalam indeks transparensi rasuah antarabangsa.
    Semuanya ini adalah sindrom kepada sebuah masyarakat yang sedang tenat.

RMK-9 dan Islam Hadhari hanya untuk alih perhatian.


Untuk mengalih perhatian, mulalah Pemimpin Umno membesar-besarkan RMK 9 dengan segala macam peruntukan raksasa. Padahal, ini perkara rutin. Lepas RM Ke-8 , RM Ke-9 pulalah. Soal bertambahnya peruntukan, inipun biasa.


Kadar tol pun dikhabarkan akan naik pada 1 Jan 2007 nanti! Soal mahu mempercepatkan pelaksanaan dan meningkatkan pemantauan, pun biasa. Ia sudah lama di perkatakan oleh mana-mana Perdana Menteri di Malaysia. Bukankah EPU dan ICU sudah lama berada di JPM dan memang menjalankan tugas-tugas itu.


Ia disitu sejak pelancaran Buku Merah dan Buku Hijau kira-kira 40 tahun yang lalu. Yang cuba dijual oleh Presiden Umno ini bukanlah penemuan pintar dan tidak sekali-kali perkara baru.
Akan tetapi jika inilah suasana masyarakat yang sedang dilahirkan oleh Islam Hadhari maka tidak syak lagi bahawa Malaysia sedang menuju kepada satu masa depan yang sangat gelap.
Masalah maki hamun bangsa tertentu di hadapan kongres dan Perhimpunan orang ramai tidak akan selesai. Masalah orang Islam yang semakin tipis iman semakin kronik.


Masalah orang Melayu yang kian miskin. Peluang perniagaan kepada Non-Melayu yang semakin sempit. Lebih cemas lagi apabila apa yang akan lahir adalah masyarakat yang penuh kekeliruan. Masyarakat yang kehilangan segala arah dan nilai dosa-pahala berteraskan Quran dan hadis atau neraca buruk-baik yang berkepentingan Melayu. Pemimpin Umno nampaknya cuma menangguhkan kegagalan dengan menunda matlamat DEB dari 1990 kepada 2010 untuk menuju 2020.


Pada hal itu hanyalah usaha-usaha menganjak dan mengalih bendera matlamat . Ia tidak lebih untuk memelihara sokongan dengan menakut-nakutkan rakyat tentang sensitiviti perkauman.
Apabila nampak tanda-tanda orang Melayu kecewa, Umno momok-momokkan pula tentang seolah-olah adanya amalan diskriminasi Non-Melayu.


Secara keseluruhan, kita melihat ada satu sahaja masalah di sini ia itu keangkuhan pemimpin Umno untuk terus bertahan dengan dasar pemerintahan berteraskan bangsa yang amat sempit.
Dengan pendekatan yang bercanggah dengan Islam inilah, Umno sedang mencemaskan ahlinya dan melemaskan orang Melayu keseluruhannya. Korbannya adalah Islam dan umat Islam baik untuk jangka pendek atau jangka panjang. -
(Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan).

Friday, December 1, 2006

Antara Ambulans Dan Doktor..

Assalamualaikum..
Semalam arjuna dapat maklumat yang ayah SUHAIMI SULAIMAN..telah meninggal dunia..Al-Fatihah untuk arwah..takziah kepada SUHAIMI..moga tabah meneruskan kehidupan..setiap daripada kita akan ke sana..hanya waktu dan ketika sahaja menentukannya..namun,perjuangan mesti diteruskan!..
Semalam juga arjuna ada berbual-bual dengan seorang teman berkenaan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan perjuangan Islam.Kami berbual tentang jemaah-jemaah Islam yang terdapat di Malaysia.Tetapi,perbualan kami lebih tertumpu kepada jemaah tabligh.Bagi sahabat teman, jemaah tabligh di Malaysia ramai yang tidak berilmu dan mereka menolak politik dan hanya mementingkan tarbiah semata-mata.Mereka hanya membincang dan membahaskan apa yang ada dalam kitab fadhoilul 'amal sahaja.Arjuna nak tanya anda semua..betul ke apa yang dinyatakan teman arjuna tu?..Betul ke jemaah tabligh tidak ada gunanya kepada perjuangan Islam?Ini kerana apa yang arjuna tahu..di Kelantan,ramai tabligh yang menyokong parti ISLAM malah ada yang menjadi pendokong..tidak tahu pula di negeri-negeri lain..
Bagi arjuna secara peribadi,jemaah tabligh merupakan aset penting kepada perjuangan Islam.Mereka umpama ambulans..membawa pesakit ke hospital dan di hospital itulah pesakit itu akan dirawat!..Ambulans di sini adalah dakwah mereka yang tidak mengenal erti jemu mengajak manusia ke arah kebaikan terutamanya ke masjid..masjid ini lah hospital dan siapa doktornya?..KITA..(khusus utk teman arjuna dan mereka yang digelar tholib ilm)!Kitalah yang akan merawat pesakit-pesakit ini..!Kita kan juga sebagai doktor..doktor ruhani..
Jadi,mengapa pula kita nak mengeji dan berbalah sesama sendiri sedangkan masing-masing ada peranan yang besar kepada perjuangan Islam?..Semasa arjuna menjadi BENTARA ketika MUKTAMAR PAS pada tahun 2002,arjuna pernah bertanya kepada YB NASARUDIN DAUD,yang kini merupakan TIM.SPEAKER DUN KELANTAN..Arjuna tanya beliau kenapa beliau tidak pernah buang serban (masa tu arjuna tak tau apa nak tanya sebenarnya..budak lagi)..beliau kata,kita ni mengaji agama..kita ada uniform kita..doktor juga ada uniformnya..mekanik pun sama..jadi serban,jubah..ini adalah uniform kepada mereka yang mengaji agama..mengapa malu untuk berbangga dengan uniform kita sendiri..sedangkan doktor,mekanik berbangga dengan uniform mereka..dan uniform ni ada peranan masing-masing..doktor akan dikenali bila mereka pakai uniform seperti juga lain-lain..dan mereka ni pakai gapo pun takpo..asalkan undi PAS..(arjuna gelak) jadi,bakpo kito nok malu?..itu lah jawab beliau..
Apa yang arjuna nak bagitahu di sini,semua benda ada peranannya..seperti mereka yang mengaji agama,anda tidak boleh benci kepada doktor..tidak boleh kata mekanik itu jahil..mereka ada peranan mereka dalam perjuangan ISLAM..seperti di zaman Rasulullah dulu,tidak semua dihantar untuk berjihad,ada sebilangan mereka yang Rasulullah suruh belajar..contohnya Abu Hurairah dan lain-lain..kerana mereka yang belajar ni juga ada peranan kepada perjuangan Islam..Tinggal lagi,bagaimana kita mahu sedarkan mereka yang mereka ni ada gunanya perjuangan Islam..itu yang kita perlu fikirkan sebenarnya!..Bukan mencela,mengutuk tanpa ada tindakan untuk menyedarkan mereka..ini yang kita sering terlepas pandang..
Macam kes Tabligh tadi,memang tidak dinafikan ada dikalangan mereka yang benci kepada politik..memang ada..tapi,mereka boleh diubah..kita yang kena bekerja untuk mengubah persepsi mereka tu..bukan hentam mereka..!Ingat..mereka juga aset kepada perjuangan Islam..kita wajib jaga aset tersebut!..So,sekarang intai orang di sekeliling anda..ada tak orang tabligh yang menganggap politik ni kotor..dekati mereka..jadikan mereka sedar yang kita hargai mereka..ambulans pun penting..kan satu-satunya kereta yang polis tak tahan kalau bawa laju adalah ambulans..ingat sikit..!Kemudian buat kerja..jangan cakap sahaja..!Cakap sahaja di kalangan pendakwah ni penyakit..dan memang sampai sekarang tak jumpa-jumpa syifa'nya..nauzubillah!..salam syifa'..